Monday, February 9, 2009

Kemelut Politik Perak

Assalamu'alaikum.
Hari ini ana nak bercakap soal politik di Perak sikit. Sebabnya Perak ni tempat ana dilahirkan. Nak dijadikan cerite lagi, ana sekampung pulak dengan MB Perak yang haram tu YB Dr Zambry Kader. Dia ni keturunan mamak. Mamak Penang. Ana tak kenal sangat dengan dia. Mungkin pernah jumpa masa kecik2 dulu sebab sekampung. Ayah ana kenal sangat la dengan mamak ni. Cukup setakat tu untuk muqaddimah.
Pagi tadi, untuk sekian kalinya, seorang sahabat lama yang sekarang menetap di Putrajaya menelefon memaklumkan kemungkinan besar 1 kerusi DUN Bukit Selambau yang dimiliki oleh PKR akan kosong disebabkan oleh perletakan jawatan ADUNnya iaitu V. Arumugam. Ana dok teringat Arumugam keeper Malaysia dulu ya yang digelar plastic man. Sahabat ana yang seorang ni dah lama tak berhubung dengan ana. Cuma, bila tercetusnya krisis politik di Perak dia kerap ber sms dan menelefon ana. Samada dia nakkan maklumat dari ana ataupun dia nak memberi maklumat kepada ana. Memang selama ana mengenali sahabat ni dia memang akan pantas dalam mendapatkan maklumat. Kaki internet jugak. Kemelut Politik di Perak telah mentautkan kembali hubungan sesama kami.
Berita yang kedua yang disampaikan oleh sahabat ni yang amat mengejutkan ana ialah kematian salah seorang MP PAS dari Bukit Gantang. Tapi dia masih tak confirm lagi kesahihan berita tersebut. Tak lama selepas itu sampai satu sms dari Siskop milik dewan pemuda pas negeri selangor. Al Fatihah, YB Roslan Shahrum MP Bukit Gantang telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Kebetulan Bukit Gantang ialah kawasan parlimen di Perak. Yang paling menakjubkan ialah salah satu DUN yang terlibat di bawah Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering. ADUN Osman Jailu yang terlibat secara lansung menjatuhkan kerajaan PR di Perak.
Hikmah yang Allah tetapkan terhadap sesuatu perkara itu cukup banyak untuk kita fikirkan bersama. Adakah ianya kebetulan semata-mata. Adakah kebetulan Allah swt memilih Parlimen Bukit Gantang yang berada di dalam negeri Perak? Adakah juga kebetulan DUN yang terlibat ialah DUN Changkat Jering? Adakah kebetulan kemelut politik di Perak yang semakin meruncing sekarang? Tidak semua persoalan ini mesti dijawab. Ya betul ini semua ketentuan Allah swt. Tetapi ianya untuk manusia itu berfikir dan merenung serta merancang sesuatu agar hikmah tersebut tidak berlalu begitu sahaja. Suatu peracangan dan tindakan mesti diambil dengan segera.
Bagi ana, kepastiannya ialah PR amnya dan PAS khususnya mesti bermuhasabah dan bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi hubungan dengan Allah swt disamping gerak kerja yang lebih tersusun. Kekuatan kita di Kuala Terengganu menjadi motivasi dan bekalan yang cukup berguna untuk semua pendokong dan penyokong untuk lebih berkerja keras di Bukit Gantang. Ketika mana Najib dan BN cukup bimbang untuk menghadapi pilihanraya kecil sehingga sanggup mencabuli institusi raja untuk kesekian kalinya, Allah swt munculkan juga Pilihanraya kecil dan memaksa mereka masuk ke gelanggang semula.
Gelanggang kali ini mungkin berbeza dari gelanggang Kuala Terengganu apatah lagi Permatang Pauh. Najib dan BN mungkin lebih berhati-hati malahan lebih jahat mengatur strategi yang mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Justeru, semua petugas dan penyokong harus menguatkan lagi pergantungan mereka kepada Allah swt agar diiberikan kekuatan kepada kita semua dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan di Bukit Gantang menjadi justifikasi kepada negeri Perak keseluruhannya betapa rakyat negeri Perak tidak menerima sama sekali kerjaan haram BN di negeri Perak. Kemenangan PAS di Bukit gantang menjadi isyarat kepada Sultan untuk lebih berani mengambil tindakan yang terbaik iaitu membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak keseluruhannya.
Pilihanraya kecil ini juga sekali lagi menjadi medan untuk merapatkan saf pimpinan dan hali PAS dan PR agar lebih gagah serta memberi gammbaran positif bukan sahaja kepada rakyat di negeri Perak tetapi di Malaysia amnya bahawa PR mampu untuk memerintah Malaysia. Rakyat negeri Perak begitu mengharapkan agar kemelut politik ini dirungkai segera dan memberi natijah yang cukup baik kepada semua khususnya kepada masa depan Islam. InsyaAllah rakyat akan bersama-sama dengan PAS dan PR untuk mara ke medan pertempuran menentang kezaliman yang dilakukan oleh BN haramjadah (pinjam kata-kata Dato' YB Mahfuz Omar).
Salam ukhuwwah salam perjuangan...

No comments:

Post a Comment