Wednesday, March 4, 2009

PPSMI

Assalamu'alaikum.
Salam ukhuwwah salam perjuangan.
Agak lama blog ini tidak muncul dengan posting terbaru. Walau apa jua bicara rakyat Malaysia hari ini, semalam dan beberapa hari mendatang pastinya akan gebang2 dan bincang2 kemelut tidak berkesudahan yang terus-terusan berlaku di negeri Perak. Negeri kelahiran ku. Hampir setiap hari negeri perak dan rakyat keseluruhannya dibentangkan dengan saman, tuduhan, akuan dan macam2 lagi samada dari pihak kerajaan PR ataupun kerajaan BN. Kemuncak yang mungkin bukan yang pertama kerana ianya berkemungkinan untuk berlaku kemuncak yang lain pula selepas ini. Dunia mentertawakan Malaysia dek peristiwa persidangan DUN negeri Perak di bawah pokok. Kalau ikut kenyataan Prof Madya Dr Agus, pensyarah UKM katanya, "kalau di atas pokok sekalipun sidang itu dikira sah." Bayangkan semua ADUN PR berada di atas pokok. Semua kekalutan dan kecelaruan ini berpunca dari tindakan biadap dan jahat Najib dan BN untuk merampas kerajaan negeri perak secara haram dan samseng. Hari ini sudah kedengaran saranan dari pelbagai pihak agar kemelut ini diselesaikan dengan di bubarkan DUN Perak serta diserahkan mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan mana yang menjadi kehendak mereka. Ini adalah jalan penyelesaian yang paling sesuai dan terbaik untuk semua pihak. Malangnya pihak BN mati2 tidak mahu pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat ini. Kita berdoa moga2 kerajaan negeri Perak akan beroperasi semula secara normal bukan dalam keadaan yang ada sekarang.
7hb Mac 2009 ini akan menyaksikan himpunan 100,000 rakyat di hadapan istana negara menyatakan bantahan mereka kepada PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris. Himpunan ini akan menjadi suatu sejarah dalam negara kerana insan2 dan tokoh2 yang janggal dan payah untuk diajak ke jalan raya menyatakan penentangan terhadap kerajaan akhirnya mara juga pada hari Sabtu ini. Mereka ialah Sasterawan Negara Dato A.Samad Said, Dato Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato Nik Safiah Karim. Mereka akan diiringi oleh tokoh2 dari PR iaitu Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Sistem pengajaran dan pembelajaran ini telah banyak mendatang kemudaratan daripada kebaikan terutamanya kepada kumpulan bumiputera atau secara khususnya kepada orang melayu sendiri. Terlalu banyak keputusan mee segera diambil dalam merealisasikan sistem ini. Akhirnya generasi yang melangkah kaki ke IPTA atau IPTS hanya berbangga dengan keputusan A1 yang begitu banyak tetapi tidak ada kualiti.
Ana pernah bersembang dengan salah seorang guru yang menjadi penyemak kertas peperiksaan pelajar SPM dan PMR. Kenyataan yang dibuat oleh beliau seperti sudah dijangka tetapi ianya membenarkan segala spekulasi yang sampai ke pengetahuan ana sebelum ini iaitu perancangan jahat pihak kementerian untuk menutup perkara sebenar betapa pencapaian dan keputusan sebenar SPM atau PMR adalah jauh dari pengumuman sebenar. Ketika itu batch pertama yang mengikuti PPSMI ini belum lagi mengambil SPM. Bayangkan kalau generasi ini mengambil SPM sekarang? Keputusan lebih teruk akan disaksikan oleh beliau sebagai penyemak.
Kita tidak menentang penggunaan bahasa lain selain bahasa melayu. Cumanya menafikan dan bertindak zalim bagi mencapai hasrat yang bersifat kepentingan individu amat ditentang. Maka, muncullah tokoh2 bahasa yang bangun bersama dengan ribuan rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan mendesak secara bersungguh-sungguh kerajaan Malaysia menarik semula sistem ini dengan serta merta.
Akan bersambung....