Monday, October 26, 2009

Salam Pertemuan

Assalamu'alaikum. Moga-moga semua pembaca sihat sejahtera serta mendapat hidayah, taufik dan rahmat daripada Allah swt. Alhamdulillah, akhirnya hari ini dapat jua ana kembali menulis di dalam blog setelah sekian lama menyepi diri. Menyibukkan diri dan sengaja membuatkan diri malas menulis apa-apa tulisan untuk peringatan dan perkongsian kita bersama. Bukanlah niat ana untuk mengajar atau seumpama dengannya tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada moga-moga ianya bermanfaat untuk kta bersama.


Ana mohon maaf diatas terputusnya tulisan ana dalam blog ini yang pada awalnya untuk ditulis walaupun hanya tulisan untuk sebulan. Untuk tulisan menyambung kembali ukhuwwah dan perjuangan sesama kita, ana ingin mengajak anda semua memikirkan sesuatu usaha dan sebagainya untuk mempertautkan ukhuwwah antara orang-orang yang kita kenali. Mungkin telah lama kita tidak bertanya khabar apatah lagi bertemu dengannya.


Fikir-fikirkanlah usaha-usaha yang termampu untuk kita buat. Apa yang penting ialah ukhuwah antara kita denga orang yang kita kenali itu kembali terjalin. Mungkin kita boleh sms, email, tulisan atau mengutus surat (jarang sangat kaedah ini menjadi pilihan) untuk langkah awal.


Langlah seterusnya ialah kita menganjurkan satu pertemuan antara kita dengan "dia" melalui pertemuan di kedai mamak, restoran, shoping complex, program-program anjuran orang lain ataupun kita ajak dia bertandang ke rumah kita. Kita sediakan makan yang istimewa untuk "dia". Rancanglah agar pertemuan itu berjalan dengan baik dalam suasana ukhuwwah yang terbaik. Orang terbaik ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain walaupun dia tidak bersalah. Jadikan pertemuan itu bukanlah pertemuan yang terakhir dan sebelum bersurai aturkan atau rancangkan pertemuan yang seterusnya.


InsyaAllah, jika usaha ini kita semua lakukan ana yakin dan percaya ukhuwwah sesama kita akan lebih baik dan setiap permasalahan buruk yang timbul antara kita mudah untuk diselesaikan dan tidak berlarutan. Bila tidak ada komunikasi dan pertemuan maka ukhuwwah mudah renggang dan segala unsur tidak baik amat mudah menyerap di tengah-tengah antara kita dan "dia".


Marilah sama-sama kita lakukan perkara yang baik ini. Sirru 'ala barakatillah.


Salam ukhuwwah salam perjuangan...

Tuesday, May 5, 2009

Bertemu kembali


Assalamu'alaikum.

Posting terakhir ialah pada 4 Mac 2009. Hari ini bertarikh 5 April 2009. Maksudnya, sudah hampir sebulan blog ini tidak dijenguk dan diupdate oleh penulis. Ana mohon maaf kepada semua pembaca kerana kecewa bila mana klik masuk ke laman blog ini dengan paparan yang sama. Tidak ada sebarang perubahan.

Sebagai manusia biasa ana akan memberi alasan yang sama. Tetapi itulah kemampuan yang ada. Kesibukan kadang2 begitu melilit diri sehingga berasa lemas dan risau dek kerana terlepas untuk melakukan lebih banyak tugasan lain. Walaupun ianya berbentuk alasan yang tidak konkrit tetapi ana merasakan ianya merupakan kelemahan diri sendiri. Kelemahan menguruskan masa dengan baik atau pun lebih tepat suka membuang masa.

Maka disini, ana akan memulakan suatu yang baru dan azam yang baru untuk memastikan bahawa blog ini masih relevan dan aktif untuk dilayari oleh pembaca sekelian. Moga2 ianya memberi manfaat kepada semua khususnya kepada ana sendiri. Terima kasih kepada semua penjenguk blog ana ini. Sokongan anda amat ana hargai.

Sedikit cerita untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah tiga hari cuti bermula hari Jumaat sampailah ke hari Ahad ana menghabiskan masa sepenuhnya dengan keluarga. Bersama isteri dan dua orang puteri, Nurul Dhiya' dan Nurul Dalilah. Masa untuk bersama agak kurang diberikan ketika hari kerja.

Dalam tempoh sebulan yang lepas dan masuk bulan Mei sehingga bulan Jun ana agak padat dengan tugasan Mesyuarat Agung dan muktamar. Kebetulan tahun ini kawasan Gombak menjadi pilihan untukk dijadikan lokasi muktamar pemuda negeri selangor dan pemuda pusat. Antara tugasan yang perlu diuruskan ialah menyiapkan buku laporan, pendaftaran dan semestinya persiapan dewan. Biasanya, mesyuarat ajk panitia akan berlansung sebanyak 2 - 3 kali sebelum mesyuarat berlansung.

Sehingga hari ini sudah dua mesyuarat agung telah selesai iaitu mesyuarat pemuda gombak dan mesyuarat pas kawasan gombak. Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar. Selepas ini masih ada dua lagi mesyuarat atau muktamar yang ana terlibat secara lansung iaitu muktamar pemuda negeri selangor dan muktamar pemuda pusat. Moga2 kedua-duanya berjalan dengan lancar.

Sepanjang terlibat menguruskan mesyuarat agung tahunan yang kebetulannya melibatkan agenda pemilihan kepimpinan meletakkan diri ana sebagai bertuah kerana dapat menyelami dan merasai sendiri suasana sebenar perjuangan. Sesungguhnya perjuangan ini masih panjang dan terlalu panjang. Ianya juga bukanlah mudah dan semudah yang kita sangkakan. Duri dan ranjau sentiasa berada di laluan perjuangan. Silap langkah pasti duri tersebut akan mencucuk kaki. Tetapi cucukan itu merupakan sunnah dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun perjuangan yang suci ini pasti menemui kejayaan yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Teringat kata2 al fadhil Pak Long Zainol Asri, "biar zaman kita perjuangan Islam terus menyala. Jangan biar zaman kita perjuangan Islam itu malap" Kata2 ini menjadi suatu suntikan motivasi untuk terus berjuang mengatur langkah dengan lebih gagah untuk mengarungi liku2 dalam perjuangan yang mendatang.

Moga laman blog ini menjadi saluran untuk ana berkongsi kekuatan itu agar perjuangan dapat dirasai oleh pembaca semua. Mohon ampun dan maaf.


Salam ukhuwwah salam perjuangan.

Wednesday, March 4, 2009

PPSMI

Assalamu'alaikum.
Salam ukhuwwah salam perjuangan.
Agak lama blog ini tidak muncul dengan posting terbaru. Walau apa jua bicara rakyat Malaysia hari ini, semalam dan beberapa hari mendatang pastinya akan gebang2 dan bincang2 kemelut tidak berkesudahan yang terus-terusan berlaku di negeri Perak. Negeri kelahiran ku. Hampir setiap hari negeri perak dan rakyat keseluruhannya dibentangkan dengan saman, tuduhan, akuan dan macam2 lagi samada dari pihak kerajaan PR ataupun kerajaan BN. Kemuncak yang mungkin bukan yang pertama kerana ianya berkemungkinan untuk berlaku kemuncak yang lain pula selepas ini. Dunia mentertawakan Malaysia dek peristiwa persidangan DUN negeri Perak di bawah pokok. Kalau ikut kenyataan Prof Madya Dr Agus, pensyarah UKM katanya, "kalau di atas pokok sekalipun sidang itu dikira sah." Bayangkan semua ADUN PR berada di atas pokok. Semua kekalutan dan kecelaruan ini berpunca dari tindakan biadap dan jahat Najib dan BN untuk merampas kerajaan negeri perak secara haram dan samseng. Hari ini sudah kedengaran saranan dari pelbagai pihak agar kemelut ini diselesaikan dengan di bubarkan DUN Perak serta diserahkan mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan mana yang menjadi kehendak mereka. Ini adalah jalan penyelesaian yang paling sesuai dan terbaik untuk semua pihak. Malangnya pihak BN mati2 tidak mahu pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat ini. Kita berdoa moga2 kerajaan negeri Perak akan beroperasi semula secara normal bukan dalam keadaan yang ada sekarang.
7hb Mac 2009 ini akan menyaksikan himpunan 100,000 rakyat di hadapan istana negara menyatakan bantahan mereka kepada PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris. Himpunan ini akan menjadi suatu sejarah dalam negara kerana insan2 dan tokoh2 yang janggal dan payah untuk diajak ke jalan raya menyatakan penentangan terhadap kerajaan akhirnya mara juga pada hari Sabtu ini. Mereka ialah Sasterawan Negara Dato A.Samad Said, Dato Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato Nik Safiah Karim. Mereka akan diiringi oleh tokoh2 dari PR iaitu Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Sistem pengajaran dan pembelajaran ini telah banyak mendatang kemudaratan daripada kebaikan terutamanya kepada kumpulan bumiputera atau secara khususnya kepada orang melayu sendiri. Terlalu banyak keputusan mee segera diambil dalam merealisasikan sistem ini. Akhirnya generasi yang melangkah kaki ke IPTA atau IPTS hanya berbangga dengan keputusan A1 yang begitu banyak tetapi tidak ada kualiti.
Ana pernah bersembang dengan salah seorang guru yang menjadi penyemak kertas peperiksaan pelajar SPM dan PMR. Kenyataan yang dibuat oleh beliau seperti sudah dijangka tetapi ianya membenarkan segala spekulasi yang sampai ke pengetahuan ana sebelum ini iaitu perancangan jahat pihak kementerian untuk menutup perkara sebenar betapa pencapaian dan keputusan sebenar SPM atau PMR adalah jauh dari pengumuman sebenar. Ketika itu batch pertama yang mengikuti PPSMI ini belum lagi mengambil SPM. Bayangkan kalau generasi ini mengambil SPM sekarang? Keputusan lebih teruk akan disaksikan oleh beliau sebagai penyemak.
Kita tidak menentang penggunaan bahasa lain selain bahasa melayu. Cumanya menafikan dan bertindak zalim bagi mencapai hasrat yang bersifat kepentingan individu amat ditentang. Maka, muncullah tokoh2 bahasa yang bangun bersama dengan ribuan rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan mendesak secara bersungguh-sungguh kerajaan Malaysia menarik semula sistem ini dengan serta merta.
Akan bersambung....