Friday, February 13, 2009

Makanan Rohani

Assalamu'alaikum.
Setiap manusia yang dilahirkan memerlukan makanan untuk membolehkan mereka terus hidup. Teringat semasa menyambut kelahiran anak pertama, selepas sahaja anak itu dilahirkan dan dibersihkan oleh nurse pasti anak tersebut diminta oleh doktor agar diberikan susu oleh ibunya. Kemudian, anak itu akan diberikan dengan makanan rohani. Azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Manusia memerlukan 2 jenis makanan iaitu makanan untuk jasmani dan makanan untuk rohani.
Ana berhajat untuk memberi pandangan pada salah satu aspek berkaitan makanan rohani. Iaitu membaca al Quran. Belajar membaca al Quran itu menjadi kewajipan ke atas semua muslim. Tidak kira apa jenis sistem pembelajaran yang diikutinya tetapi diakhirnya ialah berkemampuan untuk membaca al Quran. Untuk menyempurnakan rukun Islam yang lima memerlukan ilmu dalam pembacaan al Quran. Apatah lagi di dalam Solat yang menjadi kewajipan ke atas semua muslim.
Kepada pendokong dan penyokong perjuangan Islam mesti mewajibkan diri mereka belajar membaca al Quran. Boleh membaca dengan betul. Teringat semasa kecil dulu ketika mana mula2 membaca Muqaddam. Dulu mana ada Iqra'. Sekarang pun dah ada macam2 sistem pembelajaran al Quran. Ana dulu belajar al Quran di rumah sahaja. Belajar dengan tok. Orang utara panggil untuk nenek. Kalau sebelah perak dan selatan sket panggil opah. Kebetulan dalam family ana ada tok dan ada opah. Sebelah ayah panggil tok dan sebelah mak panggil opah. Cumanya sebelah opah pun ada tok sebab untuk datuk kami memanggil panggilan tok. Kedua-dua tok ini tidak sempat ana bersama semasa hari pengkembumian (betul ke dok ejaan?) mereka. Ketika itu ana berada di asrama. Ayah ana tidak memaklumkan pasal kematian mereka berdua kerana semakin hampir dengan peperiksaan.
Ana mempunyai 2 orang guru mengaji. Tok dan ayah ana sendiri. Biasanya ana mengaji pada sebelah malam. Kalau malam tok tidak mengajar disebabkan oleh urusan lain pasti akan ada kelas ganti disebelah pagi atau petang. Biasanya ayah ana balik kerja pada waktu malam. Kadang2 sahaja dia balik waktu petang. Tiap kali ayah ana balik kerja awal ana pasti jadi tidak selesa. Bukan tidak suka dia balik awal. Tetapi terpaksa mengadap ayah ana belajar al Quran. Kalau tok yang mengajar masih boleh buat kesilapan sampai boleh melawak lagi. Tapi kalau ayah yang mengajar jangankan nak gelak, nak angkat kepala sket pun tak berani (maaf guna ayat biasa saja..). Tali pinggang dan ekor pari tu biasa la singgah ke belakang ana. Masa tu bukan ayat al Quran yang dialunkan tetapi dendangan lain yang kedengaran. Emak lah tempat mengadu nasib dek kerana tidak tahan dengan amukan ayah.
Ana yakin dan percaya, sahabat2 yang lain juga mempunyai cerita yang tersendiri pasal belajar al Quran. Tetapi, apabila kita sudah besar barulah kita nampak yang tersirat terhadap apa yang telah ayah kita lakukan terhadap kita. Akhirnya hari ini kita mampu untuk membaca al Quran dengan betul. Apatah lagi apabila kita sendiri sudah bergelar ayah pasti kenangan tersebut akan mengingatkan kita semula terhadap pengorbanan ayah kita duu.
Apa yang ingin ana sampaikan disini ialah orang tua dulu cukup mengambil berat berkaitan pembacaan al Quran. Kerana mereka tahu al Quran ini cukup penting dalam diri setiap muslim itu. Al Quran merupakan makanan rohani kepada setiap muslim kerana dengannya manusia itu akan seimbang dari segi jasmani dan rohani. Keseimbangan ini akan melahirkan manusia yang ta'at kepada segala tuntutan agama serta menjauhi segala larangan agama.
Alhamdulillah, setiap malam Isnin hingga Khamis ana mendapat peluang dan ruang untuk mengajar anak2 kecil membaca al Quran. Ada yang baru membaca Iqra' dan ada yang telah mampu membaca al Quran. Macam2 ragam anak2 kecil ini sepanjang ana mengajar mereka cuma apa yang pastinya ialah mereka memiliki kesungguhan untuk belajar. Harapannya ialah di rumah juga mereka membaca ataupun mereka melihat ibu dan bapa mereka membaca al Quran. Ada 1 anak kecil yang baru mendaftar tahun ini. Dia mendaftar bersama dengan 2 orang adiknya. Masa malam pertama, dia bagitau sudah boleh membaca al Quran. Apabila ana minta dia bacakan dia senyap. Walaupun telah dibaca sedikit dan minta disambung dia senyap juga. Rupa2nya dia memang tidak boleh membaca al Quran. Sampaikan emaknya sendiri menyangka dia sudah boleh membaca al Quran. Mungkin emaknya tidak pernah minta dia membaca di rumah. Akhirnya kembali membaca iqra'.
Justeru, setiap muslim itu mesti memastikan dirinya mampu untuk membaca al Quran dengan betul. Bagi yang telah mampu membaca mesti membiasakan membaca al Quran setiap hari. Mendekatkan diri dengan al Quran. Memahami isi kandungan al Quran. Mengamalkan isi kandungannya. Kepada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak mesti mewajibkan ahli keluarganya boleh membaca al Quran dengan betul serta mengamalkannya. Al Quran merupakan teman di alam kubur. Teman di akhirat kelak. Rasulullah saw juga pernah bersabda, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang kepada duanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Iaitu Al Quran Kitabullah dan Sunnah Ku"
Moga2 kita tergolong dalam golongan yang menjadi al Quran sebagai teman rapat. Makanan rohani yang cukup lazat malah menjadi penawar terhadap segala penyakit mazmumah dalam diri kita. Biar kita bersusah payah di sini tetapi senang di "sana" kelak. Wallahu'alam.
Salam ukhuwwah salam perjuangan

2 comments:

  1. AbuAysSyaffa'

    http://islamreturn.... blogspot. com

    KAHWIN ORANG USRAH??? BEST KE?

    Ramai pemuda yg ada kesedaran Islam bertanya kepada saya…perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

    Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):

    الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

    (Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

    Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):

    ( تخيروا لنطفكم فانكحوا الأكفاء وانكحوا إليهم )(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

    Konsep sekufu’ yg biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).

    Tatkala dunia sudah mula ketandusan anasir-anasir beragama dan berakhlak dalam masyarakat khususnya selepas kejatuhan empayar Ottomon 1924 M, muncul gerakan Islam di seluruh dunia yang ingin mengembalikan semula ketamadun Islam. Malangnya saat itu Islam sudah mula kekurangan modal Insan berkualiti yang mantap seperti mana zaman kemunculan Islam dahulu yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Yang ada adalah umat yang dipenuhi virus sekularisme, hedonisme, tak yakin dengan kemampuan agama sendiri dan berkiblatkan barat dalam kebanyakan aspek kehidupan mereka. Gerakan-gerakan Islam ini merasakan perlunya membina semula ummah ini dari bawah dan kerja pertama ialah mewujudkan semula individu-individu muslim berkualiti yang akhirnya faham agama ini dengan kefahaman yang sahih, mengamalkannya dan seterusnya berpotensi untuk digerakkan dalam perjuangan. Ikhwan Muslimin yang muncul pada 1928 M antara pelopor kebangkitan tersebut telah memperkenalkan pelbagai medium tarbiah untuk melahirkan tujuan tersebut. Lahir program usrah, halaqah, jilsah, tamrin, mukhayyam, daurah dan pelbagai istilah lain…semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Dalam program-program ini, ahli disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

    Setelah lahirnya peribadi-peribadi muslim ini diharapkan mereka akan dipersatukan antara lelaki di kalangan mereka dgn perempuan yang sama-sama telah ditarbiah dgn kefahaman yang sama, halatuju yang sama, citarasa yang sama dan keinginan yang sama dalam rumahtangga dakwah. Menjadi kubu kuat ummah dan kilang yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan ibubapanya. Kata Imam Hassan al-Banna diharapkan dari sini akan lahirnya masyarakat Islam, negara Islam, khilafah Islamiyyah dan Islam kembali menjadi ‘tok guru’ kepada alam atau istilah kotemporari…kuasa besar dunia. Ketika itulah Islam mampu menjadi tamadun yang mampu merealisasikan peranannya membawa keadilan kepada manusia dan keamanan sejagat sesuai dengan iradah Allah SWT yang menjadikan alam ini dan isi-isinya. Hebat bunyinya….Kegagalan seorang akh dan akhawwat yang ditarbiah dalam membentuk rumahtangga dakwah adalah tanda ia gagal dalam dakwah!. Segala tarbiah yang ia terima bertahun lamanya bukan menjadi hujah kepadanya bahkan menjadi hujjah ke atasnya di akhirat nanti. Ini kerana tarbiah dan dakwah adalah amanah Allah yang paling besar



    (sahabat ana e mel kat ana,so ana copy je petikan ni,jgn marah ha..)

    ana mintak pandangan abg Daman..utk panduan kami ke dpn ni hehehe..

    ReplyDelete
  2. xx sume ppuan yg baik d anugerahkan utk lelaki yg baik2, n sebaliknya............jd, cm mn dgn yg jahat??????? siapa yg akn mberi bimbingan pd mereka???????????kadangkala lelaki atau ppuan yg baik dianugerahkan untk mmbimbing ppuan n lelaki yg berusaha utk mnjd yg "tbaik"...........

    ReplyDelete