Tuesday, February 10, 2009

JAULAH

Assalamu'alaikum.
Sejak seminggu dua ini, hampir setiap rakyat malaysia yang celik atau kabur pasal politik tanahair tidak akan terlepas dari membicarakan soal kemelut politik di Perak. Dalam kekalutan dan kecelaruan di Perak itu, menyebabkan ramai yang tidak senang duduk dek kerana mencari-cari berita terkini apa yang berlaku kepada kerajaan negeri Perak sekarang ini. Adakah Ir Nizar akan berjaya menghalau lanun-lanun BN dari bumi Perak? Atau, adakah Zambry Kader berjaya merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat? Kemelut di Perak tidak berhenti di situ sahaja kerana ianya sudah mula merebak ke negeri Kedah. Berita semalam mengesahkan PR Kedah sudah kehilangan 1 kerusi DUN Bukit Selambau. Sekaligus menyebabkan pilihanraya kecil terpaksa diadakan di DUN tersebut. Maka, dalam masa 12 jam Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau akan menjadi medan peperangan yang baru mempertemukan PR dan BN lanun. BN yang masih belum sembuh dari luka di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh semahunya tidak bersedia menghadapi Pilihanraya Kecil. Kalau perlu dinafikan kematian ADUN atau MP BN pasti akan dibuatnya agar pilihanraya tidak diadakan. Dua orang ADUN PKR yang telah disahkan meletakkan jawatan sebagai ADUN oleh Speaker DUN Perak pun dinafikan oleh BN supaya diadakan pilihanraya kecil. Puncanya ialah bimbang jika diadakan pilihanraya kecil BN sekali lagi akan ditumbangkan. Rakyat semakin cerdik dan celik politik BN. Belum sentuh pasal tajuk lagi. Baru muqaddimah. Tidak selesa kalau tidak menulis sedikit pasal kejahatan BN terhadap PR. Tetapi bagi pendokong parti-parti dalam PR ada sesuatu yang mesti mereka ambil perhatian secara serius punca kemelut ini tercetus.
Jaulah merupakan istilah arab yang membawa maksud berjalan-jalan. Semasa di kampus, ana sendiri telah mendengar malah terlibat dalam program jaulah ini. Cumanya, sudah agak lama tidak mennganjurkan atau terlibat dengannya. Selepas selesai mengadakan Retreat pemuda Gombak baru-baru ini, muncul kembali program ini. Alhamdulillah, semalam program yang dirancang itu berjaya dilaksanakan. Bertempat di Taman Tasik Titiwangsa sahabat-sahabat pemuda gombak bersama family masing-masing berhimpun di padang permainan Tasik Titiwangsa. Kehadiran amat menggalakkan. Kebetulan cuti Thaipusam.
Program yang dijalankan ringkas sahaja. Pendaftaran sebanyak RM5/seorang. Kemudian solat asar berjemaah di atas padang permainan tersebut. Selepas itu bacaan Ma'thurat dan mendengar KULIM@kuliah lima minit. Akhir sekali jamuan makan. Walaupun ada hasrat hendak bermainan bolasepak, tetapi tidak kesampaian disebabkan hujan lebat. Namun begitu, JAULAH ini berjaya meningkatkan lagi ukhuwwah dikalangan pemuda dan seluruh family pemuda Gombak disamping memantapkan lagi iltizam dan tekad terhadap perjuangan Islam.
Walaupun program ini ringkas tetapi kesannya cukup besar. Kami tidak tahu bagaimana pandangan pengunjung di Taman Tasik tersebut melihat perjalanan keseluruhan program tersebut. Semoga ianya memberikan sedikit sebanyak gambaran bahawa Islam itu indah dan ianya boleh dilaksanakan walau dimana kita berada. Semoga program ini dapat diteruskan. Moga-moga ana sendiri mempunyai kekuatan untuk menganjurkan program ini.
Apabila ukhuwwah terbina atas dasar Iman dan Islam insyaAllah kekuatan untuk melaksanakan segala tuntutan Allah swt serta menghadapi musuh-musuh Islam akan lebih mudah, gagah dan penuh keyakinan. Salam ukhuwwah salam perjuangan.

2 comments:

  1. ha..next time kita boleh buat utk zon tengah plak..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.Tapi kena lantik ketua zon dulu.Biar mereka rancang apa yang patut.InsyaAllah boleh merapatkan ukhuwwah dan menguatkan perjuangan.

    ReplyDelete