Tuesday, May 5, 2009

Bertemu kembali


Assalamu'alaikum.

Posting terakhir ialah pada 4 Mac 2009. Hari ini bertarikh 5 April 2009. Maksudnya, sudah hampir sebulan blog ini tidak dijenguk dan diupdate oleh penulis. Ana mohon maaf kepada semua pembaca kerana kecewa bila mana klik masuk ke laman blog ini dengan paparan yang sama. Tidak ada sebarang perubahan.

Sebagai manusia biasa ana akan memberi alasan yang sama. Tetapi itulah kemampuan yang ada. Kesibukan kadang2 begitu melilit diri sehingga berasa lemas dan risau dek kerana terlepas untuk melakukan lebih banyak tugasan lain. Walaupun ianya berbentuk alasan yang tidak konkrit tetapi ana merasakan ianya merupakan kelemahan diri sendiri. Kelemahan menguruskan masa dengan baik atau pun lebih tepat suka membuang masa.

Maka disini, ana akan memulakan suatu yang baru dan azam yang baru untuk memastikan bahawa blog ini masih relevan dan aktif untuk dilayari oleh pembaca sekelian. Moga2 ianya memberi manfaat kepada semua khususnya kepada ana sendiri. Terima kasih kepada semua penjenguk blog ana ini. Sokongan anda amat ana hargai.

Sedikit cerita untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah tiga hari cuti bermula hari Jumaat sampailah ke hari Ahad ana menghabiskan masa sepenuhnya dengan keluarga. Bersama isteri dan dua orang puteri, Nurul Dhiya' dan Nurul Dalilah. Masa untuk bersama agak kurang diberikan ketika hari kerja.

Dalam tempoh sebulan yang lepas dan masuk bulan Mei sehingga bulan Jun ana agak padat dengan tugasan Mesyuarat Agung dan muktamar. Kebetulan tahun ini kawasan Gombak menjadi pilihan untukk dijadikan lokasi muktamar pemuda negeri selangor dan pemuda pusat. Antara tugasan yang perlu diuruskan ialah menyiapkan buku laporan, pendaftaran dan semestinya persiapan dewan. Biasanya, mesyuarat ajk panitia akan berlansung sebanyak 2 - 3 kali sebelum mesyuarat berlansung.

Sehingga hari ini sudah dua mesyuarat agung telah selesai iaitu mesyuarat pemuda gombak dan mesyuarat pas kawasan gombak. Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar. Selepas ini masih ada dua lagi mesyuarat atau muktamar yang ana terlibat secara lansung iaitu muktamar pemuda negeri selangor dan muktamar pemuda pusat. Moga2 kedua-duanya berjalan dengan lancar.

Sepanjang terlibat menguruskan mesyuarat agung tahunan yang kebetulannya melibatkan agenda pemilihan kepimpinan meletakkan diri ana sebagai bertuah kerana dapat menyelami dan merasai sendiri suasana sebenar perjuangan. Sesungguhnya perjuangan ini masih panjang dan terlalu panjang. Ianya juga bukanlah mudah dan semudah yang kita sangkakan. Duri dan ranjau sentiasa berada di laluan perjuangan. Silap langkah pasti duri tersebut akan mencucuk kaki. Tetapi cucukan itu merupakan sunnah dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun perjuangan yang suci ini pasti menemui kejayaan yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Teringat kata2 al fadhil Pak Long Zainol Asri, "biar zaman kita perjuangan Islam terus menyala. Jangan biar zaman kita perjuangan Islam itu malap" Kata2 ini menjadi suatu suntikan motivasi untuk terus berjuang mengatur langkah dengan lebih gagah untuk mengarungi liku2 dalam perjuangan yang mendatang.

Moga laman blog ini menjadi saluran untuk ana berkongsi kekuatan itu agar perjuangan dapat dirasai oleh pembaca semua. Mohon ampun dan maaf.


Salam ukhuwwah salam perjuangan.