Wednesday, January 21, 2009

salam ukhuwwah salam perjuangan

Assalamu'alaikum... salam ukhuwwah... alhamdulillah petang ini, dengan izin Allah jua maka dapat ana berkongsi cerita dan berita untuk sahabat2 pembaca supaya kita semua dapat mengambil manfa'at bersama. Sekiranya ada kesilapan dalam perkongsian ini mohon ampun dan maaf. Semoga ruangan yang begitu popular sejak akhir2 ini akan terus menjadi saluran yang berguna untuk semua. Manusia sejak nabi Adam telah dikurniakan oleh Allah swt Hawa sebagai teman hidup di dunia dan akhirat. Manusia berasal daripada kedua insan yang mulia ini. Untuk apa penciptaan manusia ke atas muka bumi ini? Adakah untuk suka2 semata2? Sudah barangpasti tidak! Manusia itu dijadikan khusus untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Harus diingat, setiap manusia juga telah berjanji dihadapan Allah swt untuk mentadbir 'alam ini menurut acuan Allah swt sebelum mereka dilahirkan. Allah jua tidak membiarkan manusia bertebaran di atas muka bumi ini begitu sahaja tanpa arah tuju. Tetapi Allah swt turunkan para Nabi dan Rasul untuk memberi panduan dan petunjuk bagaimana untuk menjalankan tugasan seorang khalifah itu. Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai ummat Rasulullah saw yang merupakan ummat akhir zaman. Kita juga tidak pernah bertemu dengan Rasulullah tetapi kita ditinggalkan dengan Kitabullah yakni Al-Quran dan Sunnah Baginda. Tidak akan sesat manusia itu selagi mana mereka berpegang teguh akan keduanya. Walaubagaimanapun manusia juga tidak pernah lekang dari godaan syaitan serta hasutan hawa nafsu. Syaitan dan nafsu senantiasa melawan fitrah kejadian mereka untuk menta'ati Allah swt. Maka, seluruh kehidupan manusia mesti berjuang untuk menentang godaan syaitan dan hawa nafsu ini agar di penghujung kehidupan mereka akan beroleh kejayaan. Perjuangan yang perit dan panjang ini tidak mampu untuk diharungi seorang diri justeru ukhuwwah perlu dibina sehingga melahirkan suatu kekuatan yang luar biasa dalam mengharungi perjuangan ini. Ukhuwwah yang disandarkan kepada Iman dan Islam di bawah payung jemaah Islam... Setiap kejayaan yang manis memerlukan perjuangan dan pengorbanan sepahit hempedu... Salam ukhuwwah salam perjuangan...

No comments:

Post a Comment