Thursday, January 29, 2009

perjumpaan tahunan

Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, baru2 ini ana diberikan ruang dan kesempatan waktu, kesihatan dan pulus untuk menghadiri satu himpunan tahunan besar-besaran alumni yang hampir 10 tahun ana bersama. Bukan bersama sekadar menonton tetapi alhamdulillah sama2 bersusah payah dan bertungkus lumus membesarkannya sehingga mencapai usia remaja. Alumni merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pelajar bagi sesebuah institusi. Ada alumni sekolah, ada alumni kolej, ada alumni universiti dan macam-macam lagi. Kesemua alumni ini ditubuhkan dengan pelbagai tujuan dan matlamatnya sendiri tetapi yang pastinya salah satu dari tujuan penubuhannya ialah untuk menghimpunkan seluruh bekas-bekas pelajar tersebut di bawah satu bumbung. Meneruskan ikatan persahabatan, sillaturrahim, ukhuwwah dan paling besar ialah fikrah yang sekian lama ditanam, dibajai dan dipelihara semasa tempoh pengajian agar terus terikat kukuh walaupun setelah tamat tempoh pengajian.
Alhamdulillah, ana sendiri berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada alumni tersebut. Ana mengenal alumni semasa berada di tingkatan 5 lagi. Ketika semakin hampir dengan SPM, sudah ada idea dari cikgu dan sembang2 dengan rakan2 sekelas untuk mewujudkan alumni sekolah. Malah cikgu kelas sendiri amat bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan. Namun, selepas keputusan SPM keluar kebanyakan rakan2 sudah berpecah dan bertebaran seluruh negara untuk menyambung pengajian masing2. Malahan ada juga yang sambung belajar ke luar negara. Hari demi hari, hubungan dan pertemuan semakin jauh dan jauh dan jauh. Idea yang panas semasa zaman persekolahan akhirnya sejuk dan terus membeku sehingga ke hari ini.
Agak lama idea alumni ini terpendam dan ana sendiri sudah lupa untuk memikirkannya. Sehinggalah di tahun akhir pengajian di Politeknik, ana didengar dan diperingkatkan semula tentang alumni. Ketika di semester akhir, ana sendiri terlibat dengan perancangan penubuhan alumni tersebut. Cumanya, alumni yang baru ini agak istimewa dan berlainan sekali dengan alumni sekolah yang dulu pernah ana kenali.
Alumni ini bukan semata2 ditubuhkan untuk meneruskan hubungan rakan2 persekolahan. Tetapi, alumni yang ditubuhkan ini cukup berbeza dan istimewa kerana penubuhannya didasarkan dengan Iman dan Islam. Matlamat yang jelas untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dengan tujuan membantu mengangkat dan memartabatkan Islam selepas tamat dari pengajian. Pada waktu ini ana masih belum bergelar alumni cuma mengikuti dan menghayati matlamat sebuah alumni.
Setelah benar2 tamat pengajian, ana mula terjun dan merasai kenikmatan bergelar sebagai alumni. Segala suka duka sebagai alumni ana rasai sendiri bukan sekadar mendengar sembang2 sahabat2. Ana menjadi pembantu yang setia kepada alumni kerana ana menyakini kepentingan dan keperluan kewujudannya. Amat besar manfaat alumni untuk dijaga, dipelihara dan dibina dengan sebaik mungkin demi masa depan Islam. Kini, sudah 10 tahun ana mengikatkan diri bersama alumni dan sudah 10 kali ana menghadiri himpunan tahunan alumni.
Pelbagai cerita dan pengalaman ana kutip bersama alumni untuk membentuk diri sebagai sebahagian daripada mata rantai dalam perjuangan Islam. Perjumpaan tahunan baru2 ini sekali lagi memberikan peluang untuk ana memberikan khidmat sebagai pimpinan kepada sebuah alumni yang memiliki banyak sejarah gemilangnya. Walaubagaimanapun, kehadiran begitu ramai alumni dalam perjumpaan baru2 ini cukup untuk memberikan suntikan motivasi dan harapan baru kepada ana dan sahabat2 yang lain mencorakkan alumni dengan corak Islam yang lebih bersinar.
Tiap sesuatu itu pastikan akan berdepan dengan cabaran dan ujian. Alumni ini juga tidak terlepas dengan ujian dan cabaran tersebut. Hanya hubungan dengan Allah swt dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa akan membantu alumni ini membina kecemerlangan dan kegemilangannya. Moga2 bukan sahaja generasi ini sahaja merasainya tetapi generasi seterusnya. Hanya mereka yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung akan merasai kenikmatan berada dalam alumni. Sebabnya, banyak alumni yang ditubuhkan tetapi tidak ramai alumni yang mampu bertahan dan mengekalkan momentum kecemerlangannya. Moga2 Allah swt membantu ana dan seluruh sahabat2 pimpinan memimpin alumni ini serta mengikat hati2 ahli alumni yang lain untuk sama2 mencemerlangkan alumni.
Salam ukhuwwah salam perjuangan...

No comments:

Post a Comment