Friday, January 30, 2009

Kemelut Ekonomi Dunia

Assalamu'alaiku.
Dunia hari ini berdepan dengan suatu gelombang kemelesatan atau kegawatan ekonomi yang agak besar. Walaupun kesannya tidak begitu besar di bahagian Asia tetapi ianya amat menekan dan menyusahkan dunia eropah keseluruhannya. Buktinya, kerajaan Ireland menjadi kerajaan dunia yang pertama terpaksa dibubarkan pemerintahan disebabkan oleh kegawatan ekonomi global ini.
Saban hari, akhbar ekonomi melaporkan satu demi satu syarikat eropah terpaksa gulung tikar. Sekiranya ianya syarikat kecil mungkin biasa kita dengar tetapi yang terlungkup itu ialah syarikat yang dikenali kehebatannya seluruh dunia. Hari ini mereka sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Mana-mana negara yang mempunyai hubungan dan kerjasama dengan syarikat-syarikat ini pasti diheret sama sehingga menyebabkan ramai pekerja terpaksa dibuang.
Pemerhati eknomi dalam dan luar negara pernah menyebut kegawatan yang sedang melanda dunia lebih teruk berbanding krisis ekonomi tahun 1998. Jika dulu, hanya negara-negara sengsara dan berhempas pulas untuk menyara kehidupan mereka selama krisis tersebut. Kini, negara eropah dan kuasa besar ekonomi dunia turut sama dilanda badai dan gelombang krisis ini.
Di Malaysia, kesannya turut dirasai. Hampir setiap hari, di dada akhbar dan kaca televisyen melaporkan kilang dan syarikat tertentu terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Baru-baru ini dalam program alumni yang ana terlibat juga diberitahu oleh sahabat-sahabat bahawa mereka juga sedang menunggu masa untuk diberhentikan kerja. Walaupun perit untuk didengar tetapi itulah hakikat yang sedang melanda negara dan dunia keseluruhannya. Paling menggerunkan ialah pemberhentian pekerja tidak berlaku terhadap segelintir pekerja sahaja malahan melibatkan hampir ratusan ataupun ribuan pekerja sekaligus. Jika besar kilang atau syarikat tersebut maka besarlah pemberhentiannya.
Berita Harian bertarikh 27 Januari 2009 melaporkan CUEPACS melalui presidennya Omar Osman dengan rendah diri merayu kepada pihak kerajaan agar tidak meneruskan hasrat menamatkan perkhidmatan 50,000 kakitangan awam secara kontrak. Laporan ini menunjukkan betapa kerajaan sendiri sedang berdepan dengan keupayaan yang amat kecil untuk membantu rakyatnya sendiri. Sebelum itu, ada laporan menyebut hampir 50,000 pekerja Malaysia di Singapura akan diberhentikan. Bagaimana pula nasib graduan Universiti dan Kolej Awam dan Swasta yang saban tahun mengeluarkan ribuan penganggur? Yang sudah ada kerja diberhentikan inikan pula yang baru sahaja bergelar graduan.
Itu pun masih ada ura-ura pihak kerajaan bercadang untuk membina terminal lapangan terbang tambang murah (LCCT) KLIA-East di Labu, Negeri Sembilan. Selamatlah Khazanah Nasional Berhad sendiri menolak cadangan ini walaupun mereka merupakan pemegang syer terbesar dalam Malaysian Airport Holdings Bhd (MAHB) sebagai pengendali lapangan terbang di seluruh negara. Projek bernilai RM 1.6 bilion itu akan diserahkan kepada Sime Darby dan manfaatnya akan diperolehi oleh Syarikat Air Asia. Keputusan menolak cadangan ini seperti yang disampaikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd sebagai mendahului kepentingan nasional. Pemerhati ekonomi melihat ada suatu unsur pembaziran terhadap perlaksanaan projek tersebut.
Pengurusan sesebuah negara mesti bersifat berjimat cermat dan berhati-hati dalam setiap perbelanjaannya agar negara mampu menghadapi kemelut ekonomi dunia ini sehingga ianya berakhir. Mungkin setahun dan mungkin juga bertahun-tahun. Justeru, pemimpin yang masih leka dan mementing diri sendiri mesti sedar dan mengambil tanggungjawab sewajarnya. Jika mereka berterusan dengan sikap buruk dan hodoh ini sudah pasti rakyat akan terpaksa menanggung kesan yang lebih besar dan negara akan berdepan dengan situasi yang lebih gawat. Mereka ini perlu disedarkan dengan segera. Semua projek-projek besar dan membazir perlu dikaji semula agar peruntukan yang telah ada itu boleh dimanfaatkan kepada rakyat.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi kedua dan ianya telah dituntut oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ketika pembentangan belanjawan di parlimen dulu. Akhirnya Najib mengiakan keperluannya. Persoalannya adakah Najib akan berani dan telus dengan pakej kedua ini? Biar sekali lagi ianya dibentang di Parlimen untuk kesemua wakil rakyat yang sememangnya mewakili rakyat keseluruhannya berbahas mengenainya supaya hasilnya dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Maka, disinilah perlunya kepada pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Pemimpin yang menjiwai kehidupan rakyat bawahan. Susah payah rakyat adalah kesusahan mereka juga. Rakyat bermandi peluh mencari sesuap nasi sedangkan pemimpin nasi disuapkan kepada mereka. Rakyat harus membuka mata dan minda dalam mengharungi situasi ini. Berubah kepada negara berkebajikan. Negara yang mendapat rahmat daripada Allah swt. Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang menjaga agama Allah. Pemimpin yang menjaga agama Allah akan menjaga kebajikan rakyat dan mereka pula akan mendapat pertolongan dari Allah swt.
Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghofur...
Salam ukhuwwah salam perjuangan...

Thursday, January 29, 2009

perjumpaan tahunan

Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, baru2 ini ana diberikan ruang dan kesempatan waktu, kesihatan dan pulus untuk menghadiri satu himpunan tahunan besar-besaran alumni yang hampir 10 tahun ana bersama. Bukan bersama sekadar menonton tetapi alhamdulillah sama2 bersusah payah dan bertungkus lumus membesarkannya sehingga mencapai usia remaja. Alumni merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pelajar bagi sesebuah institusi. Ada alumni sekolah, ada alumni kolej, ada alumni universiti dan macam-macam lagi. Kesemua alumni ini ditubuhkan dengan pelbagai tujuan dan matlamatnya sendiri tetapi yang pastinya salah satu dari tujuan penubuhannya ialah untuk menghimpunkan seluruh bekas-bekas pelajar tersebut di bawah satu bumbung. Meneruskan ikatan persahabatan, sillaturrahim, ukhuwwah dan paling besar ialah fikrah yang sekian lama ditanam, dibajai dan dipelihara semasa tempoh pengajian agar terus terikat kukuh walaupun setelah tamat tempoh pengajian.
Alhamdulillah, ana sendiri berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada alumni tersebut. Ana mengenal alumni semasa berada di tingkatan 5 lagi. Ketika semakin hampir dengan SPM, sudah ada idea dari cikgu dan sembang2 dengan rakan2 sekelas untuk mewujudkan alumni sekolah. Malah cikgu kelas sendiri amat bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan. Namun, selepas keputusan SPM keluar kebanyakan rakan2 sudah berpecah dan bertebaran seluruh negara untuk menyambung pengajian masing2. Malahan ada juga yang sambung belajar ke luar negara. Hari demi hari, hubungan dan pertemuan semakin jauh dan jauh dan jauh. Idea yang panas semasa zaman persekolahan akhirnya sejuk dan terus membeku sehingga ke hari ini.
Agak lama idea alumni ini terpendam dan ana sendiri sudah lupa untuk memikirkannya. Sehinggalah di tahun akhir pengajian di Politeknik, ana didengar dan diperingkatkan semula tentang alumni. Ketika di semester akhir, ana sendiri terlibat dengan perancangan penubuhan alumni tersebut. Cumanya, alumni yang baru ini agak istimewa dan berlainan sekali dengan alumni sekolah yang dulu pernah ana kenali.
Alumni ini bukan semata2 ditubuhkan untuk meneruskan hubungan rakan2 persekolahan. Tetapi, alumni yang ditubuhkan ini cukup berbeza dan istimewa kerana penubuhannya didasarkan dengan Iman dan Islam. Matlamat yang jelas untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dengan tujuan membantu mengangkat dan memartabatkan Islam selepas tamat dari pengajian. Pada waktu ini ana masih belum bergelar alumni cuma mengikuti dan menghayati matlamat sebuah alumni.
Setelah benar2 tamat pengajian, ana mula terjun dan merasai kenikmatan bergelar sebagai alumni. Segala suka duka sebagai alumni ana rasai sendiri bukan sekadar mendengar sembang2 sahabat2. Ana menjadi pembantu yang setia kepada alumni kerana ana menyakini kepentingan dan keperluan kewujudannya. Amat besar manfaat alumni untuk dijaga, dipelihara dan dibina dengan sebaik mungkin demi masa depan Islam. Kini, sudah 10 tahun ana mengikatkan diri bersama alumni dan sudah 10 kali ana menghadiri himpunan tahunan alumni.
Pelbagai cerita dan pengalaman ana kutip bersama alumni untuk membentuk diri sebagai sebahagian daripada mata rantai dalam perjuangan Islam. Perjumpaan tahunan baru2 ini sekali lagi memberikan peluang untuk ana memberikan khidmat sebagai pimpinan kepada sebuah alumni yang memiliki banyak sejarah gemilangnya. Walaubagaimanapun, kehadiran begitu ramai alumni dalam perjumpaan baru2 ini cukup untuk memberikan suntikan motivasi dan harapan baru kepada ana dan sahabat2 yang lain mencorakkan alumni dengan corak Islam yang lebih bersinar.
Tiap sesuatu itu pastikan akan berdepan dengan cabaran dan ujian. Alumni ini juga tidak terlepas dengan ujian dan cabaran tersebut. Hanya hubungan dengan Allah swt dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa akan membantu alumni ini membina kecemerlangan dan kegemilangannya. Moga2 bukan sahaja generasi ini sahaja merasainya tetapi generasi seterusnya. Hanya mereka yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung akan merasai kenikmatan berada dalam alumni. Sebabnya, banyak alumni yang ditubuhkan tetapi tidak ramai alumni yang mampu bertahan dan mengekalkan momentum kecemerlangannya. Moga2 Allah swt membantu ana dan seluruh sahabat2 pimpinan memimpin alumni ini serta mengikat hati2 ahli alumni yang lain untuk sama2 mencemerlangkan alumni.
Salam ukhuwwah salam perjuangan...

Friday, January 23, 2009

Sejarah menemukan pelbagai pengajaran

Assalamu'alaikum.
Pagi tadi selepas selesai melaksanakan satu kerja ana singgah di kedai Mesra (kedai ni berdekatan dengan pejabat ana) Biasanya ada dua kedai yang biasa dan selalu ana singgah untuk bersarapan atau minum pagi. Sarapan lain minum pagi lain. Itu tafsiran masing2 la. Kalau perasan, dlm program2 motivasi biasanya ada sarapan pagi dan kemudian minum pagi. Beza kan dok?
Xpa, itu bukan ceritanya. Selesai menghabiskan roti jala satu set (satu set ada 3 ketul roti jala) ana membuka helaian untuk membaca berita2 kemenangan PAS di Kuala Ganu. Seronok la baca kisah2 kemenangan dan terpampang muka ceria Tok Guru Hj Hadi dan calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut (jarang2 nama orang ada Mohd dan Abdul sekali gus... ) Harapannya ialah semua yang membaca samada pendokong, penyokong hatta musuh sekalipun berasa lega dengan kemenangan ini dan moga2 beroleh sinar baru kepada senario politik tanahair dan masa depan yang lebih gemilang kepada perjuangan Islam.
Tak lama lepas tu, ana disapa oleh Tuan Shamsudin. Dia ni jiran pejabat ana. Dia juga merupakan seorang ahli majlis MP Selayang. Kadang2 bila dah jumpa kat kedai makan tu memang akan sarapan@minum pagi dengan dia. Alhamdulillah pagi tadi ntah tak semena2 kami berbincang pasal sejarah PAS. Mula timbul topik ni sebab ana terbaca satu berita dalam Harakah tu cerita pasal Sdr Ezam. Kat situ la Tn Shamsudin ni berkongsikan pengalaman beliau dan sejarah bersama dengan PAS dan individu2 hebat dalam PAS.
Semua orang yang alert dan peka dengan isu politik tanahair pasti mengenali insan yang bernama Ezam. Sampai orang kata dia ni klon Anuar Ibrahim. Terbukti dia memang klon DSAI sebabnya dia pun terjun masuk UMNO. Cume bezanya dia dari UMNO tubuh Keadlian kemudian terjun semula ke dalam UMNO. Kalau dia orang paling hebat hentam, kutuk, sumpah seranah UMNO kini dia jilat semua kutukan tersebut dan dia telan dengan penuh kenikmatan bersama dengan UMNO kemudian dia terbalik kuang 360 darjah. Dia hentam bos lama dia. Sebab apa? Manusia seperti ini tidak lain dan tidak bukan kerana kepentingan diri sendiri.
Ini juga berlaku kepada sesiapa jua tak kira dalam parti apa juga yang dia terlibat. PAS juga ada sejarah individu seperti ini. Tn Shamsudin bercerita pasal Nakhaie Ahmad. Dulu dia merupakan Naib Presiden PAS. Sekarang dia merupakan ahli UMNO yang dulunya dia kapirkan@kafirkan. Orang yang begitu lantang menghentam orang lain tak kira musuh dia ka... apatah lagi kawan2 dia akhirnya dia sendiri bersama puak2 yang dulu dia telah kapirkan. Sebab itu Tn Guru Nik Azizi melarang hentam individu dengan hentaman yang melampau2. Kalau nak hentam UMNO xapa. Hentam lah sampai penat. Sebab mereka juga adalah mad'u yang mesti kita tarik dan ajak bersama dengan Islam yang syumul bukan Islam hadhari Pak Lah Badawi.
Apa yang kami kongsi bersama ialah keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan dalam sesuatu perjuangan akan memastikan seseorang individu itu mampu untuk bertahan atau istiqamah sehingga mereka mati bertemu Allah az zawajalla. Contoh terhampir ialah almarhum Dato' Fadzil Mohd Nor. Ketika Tn Shamsudin menceritakan pengalaman beliau bersama al marhum inilah ana melihat timbul satu perasaan sedih, rindu dan kasih sehingga suaranya agak perlahan. Ana dapat membayangkan betapa insan seperti almarhum Dato' Fadzil Nor merupakan insan yang cukup komited dan ikhlas dalam perjuangannya. Bayangkan ketika kematian beliau jenazah almarhum diiringi oleh jutaan manusia dari Hospital UKM sehingga sampai di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena. Pengalaman Tn Shamsudin sendiri dia berjalan hampir 15km untuk sampai ke Muassasah. Jalan begitu sesak. Dan yang paling membanggakan ialah pengalaman yang pernah dikongsikan oleh seorang pilot yang bertanggungjawab menerbangkan jenazah dari KL ke Kepala Batas dimana sepanjang penerbangan ihsan tersebut sekumpulan awan mengiringi dari awal sehingga sampai di Kepala Batas. Akhirya, pilot yang bukan Islam itu telah memeluk Islam setelah melihat peristiwa yang cukup menakjubkan itu.
Kawan dan lawan cukup mengenali perwatakan almarhum. Beliau cukup mesra dengan insan yang mendekati beliau. Ketokohan ini menjadi sejarah keperibadian seorang pemimpin Islam yang berusaha untuk mencontohi keperibadian para Nabi dan Rasul. Almarhum telah membuktikan betapa beliau menghabiskan umur beliau dalam perjuangan. Kita pulak mcamana?
Jika sikap yang berlawan yang terus kita pamerkan dan kita biar menguasai diri kita sudah pasti kita akan menyesal dikemudian hari. Jika sikap cintakan kepada kedudukan, pangkat dan harta menjadi impian kita sudah barangpasti kita akan tercicir dalam landasan perjuangan. Maka, belajar dan contohilah insan2 mutiara pejuang dalam perjuangan Islam ini untuk menyelamatkan diri dan mamastikan kita akhiri kehidupan di atas muka bumi sebagai pejuang agama Allah swt.
Salam ukhuwwah salam perjuangan

Thursday, January 22, 2009

Nasyid dulu vs Nasyid sekarang

Assalamu'alaikum.
Dulu... masa sekolah menengah, ana dok asrama. Mula2 masuk asrama memang boring gila. Bukannya apa... xbiasa berpisah jauh dari mak bapak. Itu aja yang lain xdak apa2 pun cuma bila orang tanya mcm2 alasan lain yang keluar. Banyak pengalaman suka dan duka semasa berada di asrama. Semuanya akan menjadi kenangan yang cukup manis. Masa dok asrama jugak lah, ana mula kenal dengan nasyid secara mendalam dan meluas. Masa sekolah agama rakyat ada jugak, tapi sebab terpaksa. Ustaz dan ustazah suruh nyanyi kita pun nyanyi la. Tapi nyanyi dlm keadaan terpaksa pun ustazah dah nak pilik jadi vokalis utama. Nak jadi cerita... kat asrama ni pun ada sorang ustaz ni... dia ni ketua warden... dia minta bangat dengan nasyid ni. Jadi tiap2 tahun acara mega kat asrama ana ni ialah malam kesenian Islam. Acara yang paling grand ialah pertandingan nasyid. Semua dorm diwajibkan menghantar satu pasukan nasyid dan menyanyikan dua buah lagu. Semua guru2 dan ibu bapa dijemput hadir sama untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Masa ni lah ana mula kenal dengan lebih mendalam pasal nasyid. Tapi, belum cukup mendalam sebab tak sampai beli kaset lagi masa tu. Cd tak dengar lagi time tu. Rasanya belum ada. Nasyid buat cd mana ada? tahun 1990. Dorm ana ni pulak semua budak2 sebaya. Semua junior lagi. Dek kerana kami ni aliran bahasa arab@aliran agama la katakan. Jadi penghuni dorm ni ramai jugak la yang minat dengan nasyid. Suara pulak boleh tahan kecuali ana la. Suara tak sedap. Ikut orang nyanyi boleh la. Sepanjang membuat persiapan tu lah ana mengenali pasal nasyid. Kala nak tau, masa tu nasyid pilihan dan yang paling famous nasyid nada murni la. Lagu sunnah orang berjuang... lagu di pondok kecil... lagu munajat... nyanyian asri ibrahim dan munif... Pasukan ana tak menang pun... Ada sorang senior ni suara bukan main sodap... Badan halus tapi suara... Foohh... Tahun kedua pun kalah. Tahun ketiga pun kalah. Memang xdok rezeki.
Bila naik tingkatan 4, ana pindah sekolah. Tukar aliran agama ke aliran teknikal. Memang ditakdirkan untuk bertemu dengan kawan2 yang ada minat dengan nasyid. Kat sini ana mula kenal mcm2 lagi kumpulan nasyid termasuklah kumpulan the zikr. Program akhir tahun ada satu kumpulan nasyid.. kawan2 jugak... ana dah tak join nasyid cuma menjadi pendengar saja. Lebih minat dengan aktiviti sukan berbanding aktiviti nasyid. Kumpulan nasyid tu nyanyi lagu secerah pawarna. Sodap pulak dengar masa tu. Mula nak bertanya kawan2 kat mana depa dapat lagu tu. Pertama kali beli kaset nasyid beli hat cetak rompak jer. Lagu campur2.
Habis sekolah menengah sambung belajar lagi. Jumpa lagi ramai peminat lagu nasyid. Mengaji pulak kat kedah. Kat sini memang banyak kedai jual kaset2 nasyid. Mudah nak dapat. Kat sini lah ana mula mengumpulkan kaset2 nasyid. Beli sendiri buat koleksi. Lagu2 nasyid mula menjadi nyanyian kat dlm bilik termasuk la kat dalam tandas... Pilih lagu la jugak.... Lagu nahwan nur... lagu mirwana... mcm2...
Tak lama lepas tu, timbul lah nama kumpulan nasyid Raihan.. Kemunculan mereka menggemparkan industri hiburan tanahair masa tu... rupa2nya kumpulan raihan ni sama dengan kumpulan the zikr... nama dan imej jer yang berubah.. Album mereka meletup2... Macam2 anugerah dapat... Lagu nasyid semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Sempat menjadi ajk & penjual tiket masa Raihan dijemput mengadakan konsert sempena majlis konvokesyen di kampus ana. Ramai giler yang datang. Man Bai pun mai.. dia jadi sound engineer masa tu.... Tukang jaga pa system dan control suara raihan... Nazrey Johani raihan glamour giler... Dapat amik 1 gambar dengan raihan... Gambar tu pun dah hilang.. Tak tau dok mana dah...
Strat lepas raihan muncul ni lah... lepas tu mcm2 group muncul... Semua group nasyid dari bekas pengikut al arqam turut berhijrah mcm raihan... kebanyakan mereka menafikan menjadi pengikut al arqam.. bila wartawan tanya pakat tak mengaku belaka.. dah terang lagi bersuluh... muncul kumpulan Hijjaz dengan vokalis utama Munif... timbul kumpulan rabbani dengan vokalis utamanya Asri Ibrahim.. Brothers... dan mcm2 lagi la...
Selepas beberapa tahun, pertambahan kumpulan nasyid dah mcm cendawan tumbuh lepas hujan.. Dari konsep kontemporari sampai la ke konsep yang ntah apa2... Rock la... Rock campur balada la... Sudah mula menampakkan kecelaruan nasyid berbanding nasyid asalnya. Bukan saja lagu dah berubah, imej pun turut sama berubah. Dah tak kenai yang manu satu artis nasyid yang mana satu bukan.
Nasyid sekarang sudah hilang rohnya berbanding nasyid dulu... Alhamdulillah, baru2 ni masa gi ke ganu sempat menghayati lagu nasyid lama yang dirakamkan semula iaitu album solo nazrey johani nostalgia the zikr... bila dengar jer lagu ni, teringat semula kenangan2 lama.... Lagu yang dirakam semula itu masih mengekalkan lirik lama tetapi dengan irama yang lebih segar sesuai dengan keadaan sekarang. Tetapi tidak menyakitkan telingan sampai tak ketahuan punca. Kadang2 ada lagu nasyid tu tak tau apa benda lirik yang dinyanyikan oleh vokalis disebabkan oleh kuatnya irama@muzik nasyid tu. Album nostalgia the zikr ni mengembalikan semula roh nasyid dulu. Nazrey sendiri mengakuinya. Dalam album tersebut dia mengakui bahawa walaupun dia begitu berjaya bersama raihan suatu ketika dulu, namun dia merasakan dia semakin tersasar dari tujuan asal dia melibatkan dalam industri nasyid. Hampir 2/3 dunia dia sudah sampai dan suaranya juga sudah didengarkan kepada ramai manusia. Kejayaan demi kejayaan yang dia telah kecapi. Dalam masa yang sama dia merasa kehilangan sesuatu. Akhirnya keputusan nekad diambil untuk bergerak solo dan mengembalikan semula perjuangan asalnya. Tahniah kepada nazrey! Lagu the zikr yang dinyanyikan semula memang sedap. Boleh bagi motivasi kepada pejuang agama Allah. Nazrey jugak ada turun berkempen dengan azahan atan di ganu. Semoga dia terus istiqomah dengan perjuangan nasyid.
Harap2nya kumpulan nasyid yang lain jugak akan menuruti jejak langkah nazrey. Mengembalikan semula roh nasyid yang dulu. Meninggalkan nasyid sekarang yang sudah tidak ketahuan punca nampaknya. Rabbani jugak sudah mula mengikuti jejak nazrey. InsyaAllah yang lain jugak akan turut serta selepas ini.
Salam ukhuwwah salam perjuangan.

Wednesday, January 21, 2009

salam ukhuwwah salam perjuangan

Assalamu'alaikum... salam ukhuwwah... alhamdulillah petang ini, dengan izin Allah jua maka dapat ana berkongsi cerita dan berita untuk sahabat2 pembaca supaya kita semua dapat mengambil manfa'at bersama. Sekiranya ada kesilapan dalam perkongsian ini mohon ampun dan maaf. Semoga ruangan yang begitu popular sejak akhir2 ini akan terus menjadi saluran yang berguna untuk semua. Manusia sejak nabi Adam telah dikurniakan oleh Allah swt Hawa sebagai teman hidup di dunia dan akhirat. Manusia berasal daripada kedua insan yang mulia ini. Untuk apa penciptaan manusia ke atas muka bumi ini? Adakah untuk suka2 semata2? Sudah barangpasti tidak! Manusia itu dijadikan khusus untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Harus diingat, setiap manusia juga telah berjanji dihadapan Allah swt untuk mentadbir 'alam ini menurut acuan Allah swt sebelum mereka dilahirkan. Allah jua tidak membiarkan manusia bertebaran di atas muka bumi ini begitu sahaja tanpa arah tuju. Tetapi Allah swt turunkan para Nabi dan Rasul untuk memberi panduan dan petunjuk bagaimana untuk menjalankan tugasan seorang khalifah itu. Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai ummat Rasulullah saw yang merupakan ummat akhir zaman. Kita juga tidak pernah bertemu dengan Rasulullah tetapi kita ditinggalkan dengan Kitabullah yakni Al-Quran dan Sunnah Baginda. Tidak akan sesat manusia itu selagi mana mereka berpegang teguh akan keduanya. Walaubagaimanapun manusia juga tidak pernah lekang dari godaan syaitan serta hasutan hawa nafsu. Syaitan dan nafsu senantiasa melawan fitrah kejadian mereka untuk menta'ati Allah swt. Maka, seluruh kehidupan manusia mesti berjuang untuk menentang godaan syaitan dan hawa nafsu ini agar di penghujung kehidupan mereka akan beroleh kejayaan. Perjuangan yang perit dan panjang ini tidak mampu untuk diharungi seorang diri justeru ukhuwwah perlu dibina sehingga melahirkan suatu kekuatan yang luar biasa dalam mengharungi perjuangan ini. Ukhuwwah yang disandarkan kepada Iman dan Islam di bawah payung jemaah Islam... Setiap kejayaan yang manis memerlukan perjuangan dan pengorbanan sepahit hempedu... Salam ukhuwwah salam perjuangan...

trend berkawan anak muda

assalamu'alaikum...
sejak akhir2 ini kalau sahabat2 pembaca perasan... bukannya apa... ana ada terserempak beberapa kali dengan keadaan yang serupa... anak muda sekarang, remaja zaman globalisasi... kebetulan pulak, agak selalu jugak ana bersama sahabat2 akan singgah minum2 di kedai2 makan samada kedai mamak atau pun kedai melayu@indon@siam@jawa... yang pastinya kesemuanya adalah muslim... selalunya memang lewat malam selepas selesai program ataupun mesyuarat... dalam jam 12 mlm ke atas... pendekkan cerita... anak2 muda la ni dah jadi trend bila ramai2 minum akan ada seorang saja perempuan... maksudnya yang ramai tu ialah budak lelaki... kadang2 jumlah mereka boleh mencecah 10 orang... lebih jelas dan terang 9 lelaki dan seorang perempuan... pakaian usah dikira la.... nak tegur?... boleh tegur la... siap dia tanya lagi ada, "lu sapa ha? jabatan agama Islam ker? lu boleh belah brother..." bukannya apa... dlm hati dok tanya, "anak sapa la ni?".... terus teringatkan adik2 pompuan... yang pelik dan hairannya dalam dok riuh dan kecoh cerita pasal kes rogol beramai2 pun masih ada yang berani berkawan secara bebas macam tu... bila tanya dengan ustaz disebelah... sahabat yang minum sekali dengan ana ni bukannya orang biasa2 tapi ustaz2 belaka... jawapannya mudah, "dia dah rela man... nak buat macamana.. bila dia tak rela baru lah dia nak report sana report sini...".. bila dah sorang jer pompuan dengan pakaian yang amat sedikit dikerumuni oleh jantan yang bertopengkan haiwan macam tu tentu akan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.... tapi itulah senario yang sedang melanda anak muda hari... mereka terlalu bebas dalam pergaulan... sehingga tidak tau yang mana salah dan yang mana betul... kalau tanya yang mana halal dan yang mana haram lagi la dia tak tau... situasi ini disebabkan oleh rangkaian tindakan tangan2 manusia yang mempunyai kuasa tetapi tidak menggunakan kuasanya mengikut aturan dan ajaran Islam... kuasa yang ada tidak digunakan dengan betul... kalau sahabat2 pembaca masih ingat kes mufti lawan ratu cantik... ingat?.. almarhum Dato' Ishak Baharum yang menentang kemaksiatan menghalan pertandingan ratu cantik akhirnya dia sendiri yang dijatuhkan hukuman... hukuman dipecat sebagai mufti... kuasa digunakan bukan untuk mencegah yang mungkar sebaliknya mencegah yang maaruf yakni kebaikan... sehingga hari ini, kalau kita periksa dan keluarkan statistik perbelanjaan negara untuk aktiviti hiburan sudah pasti hasilnya ialah suatu angka perbelanjaan yang cukup besar akan dapat kita saksikan bersama... tidak hairan apabila seorang sahabat yang pulang dari PR 036 menceritakan bahawa di Terengganu kerajaan negeri telah menyediakan satu peruntukan puluhn ribu ringgit untuk setiap ADUN BN menjalankan aktiviti hiburan di kawasan masing2... sudah pasti hiburan yang mereka hidangkan untuk masyarakat bukanlah hiburan Islam tetapi hiburan yang melalaikan... jika virus hiburan melampau ini dibiarkan menjangkiti masyarakat maka bersedialah untuk melihat kehancuran generasi muda yang lebih parah di masa hadapan... jadi marilah kita semua menyedari kesilapan yang sedang berlaku ini dan kita mesti menghentikan kesilapan ini dengan segera... ambillah tindakan yang sewajarnya demi masa depan generasi anak cucu kita esok... salam ukhuwwah salam perjuangan